Pelajar universiti di England cipta motosikal lumba elektrik

2193

Perkembangan teknologi motosikal elektrik tidak kalah dengan kereta elektrik. Banyak pengeluar automotif hingga institusi pendidikan yang mencipta motosikal elektrik dari pelbagai segmen.

Motosikal elektrik

Baru-baru ini, University of Warwick, England, memperkenalkan motosikal elektrik yang dicipta oleh pelajar mereka. Bahkan, motosikal tersebut akan bersaing di peringkat antarabangsa.



Jentera yang diasaskan dari Honda CBR1000RR Fireblade ini telah dikhaskan untuk menyertai acara perlumbaan Tourist Trophy (TT) Zero pada tahun 2022.

Motosikal elektrik

Jentera berbentuk sporty ini direka oleh pasukan Warwick Moto, dimana pasukan ini disertai oleh 40 orang pelajar dari pelbagai bidang, seperti sains komputer, fizik, matematik, dan kejuruteraan.

Pengurus Pasukan Warwick Moto, Aman Surana, berkata bahawa pihaknya juga mempunyai bengkel custom motosikal yang besar di Asia, iaitu Rajputana Custom Motorcycles dan pengeluar sistem penggantungan khas dari Itali, Mupo Race Suspension.

“Lebih daripada sekadar teori dan prinsip, motosikal ini adalah pengalaman praktikal dan mencari penyelesaian sebenar, bukan sahaja di atas kertas,” kata Aman Surana.

Aman Surana berharap motorsikal ini dapat bergerak pantas dan menjadi sebuah nama besar ketika menyertai acara perlumbaan TT Zero pada tahun 2022. Jentera ini akan digunakan oleh pelumba berpengalaman, Tom Weeden.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here