Honda CBR1000RR Fireblade – Superbike Tidak Memenatkan Penunggang

2763

Sebut saja nama Fireblade teringat zaman CBR900 Fireblade lampu Saloma. Legasi Fireblade diteruskan dengan kemunculan Honda CBR1000RR Fireblade superbike yang tidak memenatkan penunggang.

Model Asas(Basic) CBR1000RR Fireblade 2019 ini dibekalkan dengan sistem eletronik walaupun tidak sepenuhnya.



Melihatkan kepada bentuk motosikal ini, kami klasifikasikan motosikal ini memberi ruang kawalan yang cukup mantap kepada penunggang.

Dari kemantapan kawalan maka lahirlah kenikmatan semasa menunggang. Lantaran kenikmatan sudah dirasai secara automatik hati akan berkata Honda CBR1000RR Fireblade cukup senang dikawal.

Kenapa CBR1000RR Fireblade mudah dikawal?

Hendal bar. Ketara perbezaannya jika dibandingkan dengan superbike yang terdapat di pasaran.

Kedudukan Hendal Bar CBR1000RR Fireblade lebih tinggi iaitu 1 inci melebihi dari superbike lain. Kedudukan hendal bar mempengaruhi keselesaan semasa menunggang.

Selain dari Hendal Bar ialah ketinggian tempat duduk(kusyen ).Tinggi saya 5’6 dan semasa berhenti hanya sedikit saja berjengket. Ini menunjukkan tempat duduk(kusyen) CBR1000RR Fireblade bukanlah satu isu.

Tambahan pula kusyen motosikal ini cukup lembut.Bermaksud selepas kita menunggang selama 1 jam tanpa henti. Keselesaan masih lagi kita nikmati.

Kenyataan ini saya buktikan sewaktu menunggang sejauh 325km dari K.L menuju ke Kuala Terengganu.

Berkualiti dan Kemas

Peredam Stereng(damper) tersorok dibawah tangki minyak.Begitu teliti jurutera pereka CBR1000RR Fireblade menyorokkan teknoloji motosikal ini.Sekali pandang pasti kita tidak akan jumpa.

Sesiapa jua yang melihat Honda CBR1000RR Fireblade akan kagum, boleh dikatakan dari setiap sudut motosikal ini kelihatan hebat.

Namun kedudukan lampu signal pada cermin sisi kiri dan kanan bukan sesuatu yang terkini.

Sejarah membuktikan Aprilia 1000 RSV Factory 2004 merupakan motosikal yang pertama masuk ke negara kita dengan teknoloji sedemikian.

Prestasi Enjin.

Enjin In-line four.Tork bukanlah sesuatu yang boleh dipuji dan sedikit rendah .Namun motosikal 189 kuasa kuda ini bukanlah sepenuhnya mengecewakan.

Buktinya sewaktu memotong kenderaan tanpa penukaran gear.

Hasil pecutan membuat kita teruja dan yakin CBR1000RR Fireblade sebuah jentera bertindak dalam diam. Bak kata pepatah ‘malu-malu kucing’.

Paling seronok apabila mendengarkan bunyi ekzos. Hasil bunyi seolah-olah bukannya datang dari ekzos standard. Jelas berbeza dengan superbike In line-four sama kelas dengannya yang pernah kami uji sebelum ini.

Jangan keliru CBR1000RR Fireblade tidak dibekalkan dengan “Sistem Quick Shifter”.

Tetapi setiap kali pertukaran gear dilakukan, Kita dapat merasakan betapa lembutnya sistem gear dan klac. Memadai hanya mengunakan dua jari untuk menarik penuil klac.

Sistem Keselamatan 

Honda CBR1000RR Fireblade dibekalkan dengan jenama Tokico monobloc di hadapan dan Nissin di belakang.

Sistem keselamatan yang terdapat di motosikal ini merangkumi sistem eletronik. Tertera di TFT meter huruf seperti P(power), T(traction Control),W(Wheelie control) dan EB(Engine Breaking).

Selain dari itu juga terdapat 3 Mod. Ketiga-tiga mod tersebut mempunyai fungsi tersendiri. Tindakbalas mod berbeza. Pemilihan mod haruslah tepat kerana ianya mempengaruhi tunggangan.

Suspensi

Harus diingat sistem suspensi CBR1000RR Fireblade adalah secara “Manual”.

Walaupun CBR1000RR Fireblade yang saya uji menggunakan tayar depan dan belakang yang berbeza. Suspensi Showa yang terhidang depan dan belakang cukup membantu.

Penetapan suspensi mestilah tepat bersesuaian dengan gaya tunggangan,berat dan permukaan jalan.Ciri-ciri tersebut akan membuktikan keutuhan suspensi motosikal serta objektif tunggangan tercapai.

Buktinya sewaktu memasuki selekoh,ketika didalam selekoh dan selepas keluar dari selekoh.Keyakinan saya cukup tinggi dengan suspensi Showa yang terhidang pada CBR1000RR Fireblade.

Pecutan sewaktu didalam selekoh dan keluar selekoh membuatkan saya tersenyum.

Rumusannya menunggang CBR1000RR Fireblade sama seperti menunggang Honda CBR650R. Karekter tidak jauh berbeza.Beban sewaktu menunggang tidak pada kedua tangan penunggang.

Paling mustahak kawalan cukup senang dalam apa jua situasi. Saya definasikan Honda CBR1000RR Fireblade ialah ‘ menunggang dalam motosikal”.

Ini kerana apabila paras pusat kita berada dibawah tangki minyak maka teramat mudah untuk mengawal motosikal.

1 tahun saya menunggu giliran untuk menguji motosikal ini.Menunjukkan Honda CBR1000RR Fireblade terlalu ramai yang menguji dan minat.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here