20 rim terpakai jentera MotoGP Marc Marquez sedia untuk dijual

4090

Honda Racing Corporation (HRC) secara rasmi menjual rim MotoGP terpakai dari Honda RC213V 2018. Rim ini digunakan pada jentera pelumba Honda Repsol Team, Marc Marquez, yang memenangi gelaran dunia MotoGP pada tahun yang sama.

Rim jentera MotoGP Marquez ini terhad kepada 20 unit. Untuk maklumat lebih lanjut, terdapat 12 rim hadapan dan 8 rim belakang.



Rim perlumbaan edisi terhad berjenama OZ Racing ini mempunyai berat sekitar 24kg untuk rim hadapan dan 25kg untuk rim belakang. Mengenai harga, rim hadapan berharga 242,000 Yen (RM9,433), dan rim belakang berharga 264,000 Yen (RM10,291).

rim Marc Marquez

Dalam pakej pembelian rim, para pembeli akan diberikan buku profil perlumbaan HRC 2018, spesifikasi produk, sijil keaslian barang, serta tandatangan Marc Marquez yang ditulis secara langsung pada rim. Di samping itu, rim yang digunakan juga mempunyai logo HRC, RC213V dan nombor siri.

Bagi pengguna yang ingin membuat rim ini sebagai pameran, Honda juga menyediakan kotak kaca khas untuk meletakkan rim tersebut.

rim Marc Marquez

Jika anda berminat untuk membelinya, anda dikehendaki mengisi borang pembelian pada laman web waigaya.honda.co.jp. Tawaran ini dibuka dari 29 Februari hingga 20 Mac 2020.

Tetapi, peluang anda untuk mendapatkan rim ini bukannya mudah. Ini kerana, Honda akan melakukan undian untuk menentukan siapa yang layak memiliki rim tersebut.

Dan untuk pemenang, mereka mesti datang terus ke Honda Welcome Plaza, Aoyama, Jepun, untuk membeli rim tersebut dengan membawa bukti memenangi undian tersebut.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here