Selalu sangat bermain PlayStation, budak lelaki 11 tahun diajar memandu

1459

Seorang budak lelaki berusia 11 tahun dan keluarganya telah ditahan oleh polis selepas keluarganya memberinya kebenaran untuk memandu. Hal ini dilakukan untuk menghalangnya bermain PlayStation sepanjang hari.

 



Anggota polis menahan budak lelaki itu bersama keluarganya di tempat parkir kereta di Blackpool, England dan disebabkan hal ini, kini keluarganya disabitkan kesalahan kerana melanggar kesalahan trafik.

Salah seorang dari keluarga budak lelaki itu berkata mereka begitu bosan dengannya yang selalu bermain permainan Grand Theft Auto. Lalu mereka membuat keputusan untuk menguji kemahiran memandunya pada kereta sebenar.

Dipetik dari Twitter, jurucakap polis berkata: “Pemandu kereta ini berusia 11 tahun. Ya, sebelas.

Permainan Grand Theft Auto di PlayStation

“Seorang ahli keluarga telah bosan dengan budak lelaki ini yang bermain Grand Theft Auto sepanjang hari di Playstation, jadi dia mengajarnya untuk memandu kereta sebenar di sebuah tempat letak kereta di Blackpool.”

Hal ini kemudian mencuri perhatian orang ramai. Mereka memberikan pelbagai pandangan. Ada yang beranggapan tindakan ini sangat berbahaya tetapi ada juga yang merasakan ianya munasabah untuk dilakukan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here