Bila Lamborghini Gallardo diubah untuk off-road

2094

Lamborghini terkenal sebagai pengeluar sportcar dan supercar yang berprestasi tinggi. Salah satunya adalah Gallardo.

Namun, Lamborghini Gallardo ini telah diubah suai dengan gaya yang luar biasa, berlainan dari konsep sesebuah kereta sport.

Lamborghini Gallardo



Sebuah Lamborghini Gallardo 2004 dengan gaya off-road diubahsuai menjadi jentera rally dan akan dijual di Belanda. Ia mungkin tidak sehebat Huracán Sterrato yang merupakan model terkini, tetapi ia masih dikuasakan oleh enjin V10.

Satu siri perubahan yang memfokuskan kepada bahagian badan telah dibuat untuk menyokong gaya off-road jentera ini.

Lamborghini Gallardo

Bahagian hadapan jentera ini dilengkapi dengan aksesori seperti sepasang lampu spotlight bulat di bampar.

Selain itu, bahagian bumbung juga dipasang dengan lampu LED dan roof rack yang berfungsi sebagai tempat meletakkan barang. Terdapat juga tayar simpanan yang diletakkan pada bahagian luar ruang enjin Gallardo ini.

Beralih ke bahagian sisi, terdapat fender yang bewarna hitam, sepadan dengan warna rim dan tayar jentera tersebut yang lebih besar. 

Bukan itu sahaja, ketinggian Gollardo ini juga dinaikkan, hasil daripada perubahan sistem penggantungan. 

Untuk ruangan dalam, tidak terlalu banyak perubahan. Semuanya masih menggunakan keadaan standard yang ada pada sesebuah Gallardo, dengan gaya dalaman yang moden dan sporty.

Untuk bahagian enjin, Lamborghini Gallardo keluaran tahun 2004 ini menggunakan enjin V10 5.0-liter yang menghasilkan 493hp dan sistem pacuan semua-roda.

Jentera ini juga disertakan dengan E-Gear semi-automatic 6-kelajuan. Ianya cukup berkuasa untuk menggerakkan suatu jentera off-road

Gallardo off-road ini ditawarkan oleh Classic Young Timers Consultancy dengan harga USD125,263 (RM522,309).

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here