Geely bangunkan satelit orbit rendah sendiri untuk kereta autonomi

1417

Geely jelas mengambil serius tentang teknologi pemanduan sendiri (autonomi) dengan melaburkan 2.27 billion yan (RM1.36 bilion) untuk proses pembangunan satelit mereka di China.

Geely satelit

Sebuah kilang akan ditugaskan untuk membina satelit orbit rendah milik Geely yang mampu menyediakan data yang lebih tepat untuk kereta pemanduan sendiri (autonomi). Geely dikenali di seluruh dunia kerana pemilikannya ke atas Volvo dan pelaburan di Daimler.



Syarikat pengeluar kereta dari China ini sedang merancang untuk membina sebanyak 500 satelit setiap tahun menjelang tahun 2025.

Sebenarnya teknologi ini bukan baru bagi Geely. Pada tahun 2018, mereka melancarkan dan mengendalikan sebuah satelit orbit kecil yang dipanggil Geespace.

Sekarang, terdapat kira-kira 300 orang yang ditugaskan untuk membangunkan teknologi itu. Dikatakan bahawa Geespace akan bermula melancarkan rangkaian satelit orbit rendah komersilnya menjelang akhir tahun ini.

Apa yang boleh dilakukan oleh satelit orbit rendah ini ialah menawarkan sambungan internet berkelajuan tinggi, navigasi yang tepat dan sistem storan untuk kereta dengan fungsi pemanduan autonomi. Mereka juga akan menyediakan sambungan berkelajuan tinggi apabila terdapat kemas kini perisian untuk kenderaan.

Geely baru-baru ini memulakan jualan untuk SUV subcompact Icon di China dan jentera ini menerima lebih daripada 30,000 pra pesanan.

SUV subcompact Icon

Jentera ini boleh didapati dengan rangkaian sistem pemanduan pintar, yang menggunakan 12 radar ultrasonik, radar gelombang milimeter dan 5 kamera definisi tinggi. Sistem bantuan pemacu kuasa sensor yang disertakan adalah seperti intelligent cruise control, lane keep assistance, brek kecemasan automatik dan pengesanan pejalan kaki.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here