Anda pandu Honda? Rangkaian baju dan aksesori TEI ini paling sesuai untuk digayakan!

2375

Honda Malaysia telah memperkenalkan barisan barangan dan aksesori jenama syarikat itu, iaitu TEI Series. Kalau anda pemilik Honda, wajib tengok dan beli satu!

TEI adalah singkatan dari Trust, Equality dan Individuality yang diambil dari falsafah Honda. Siri TEI ini menampilkan 21 barangan terdiri dari 4 koleksi berbeza:

  1. Corporate – Pakaian smart casual untuk golongan dewasa bekerja
  2. Lifestyle – Menampilkan produk unik seperti jaket yang boleh dialih-tukar dengan dua rekaan dalam satu rekaan
  3. Activewear – Untuk peminat kecergasan dan aktiviti luar aktif
  4. Travel – Barangan untuk perjalanan seperti jaket dan beg bagasi 2-dalam-1

Menurut CEO dan Pengarah Urusan Honda Malaysia, Toichi Ishiyama, barisan produk ini ditawarkan untuk menyokong pengalaman pemilikan kenderaan Honda dan syarikat itu yakin pelanggannya akan menghargai kualiti dan keunikan produk TEI.



TEI juga bermaksud satu bentuk atau rupa dalam bahasa Jepun. Maka rekabentuk dalam siri TEI ini jugak disuntik dengan kombinasi elemen-elemen Jepun.

Barangan siri TEI ini boleh didapati di 92 wakil jualan dan pusat pengedar Honda terpilih seluruh negara. Honda Malaysia juga akan menjalankan roadshow tidak lama lagi, jadi mungkin anda boleh tunggu kehadirannya di tempat berdekatan anda.

Untuk maklumat lanjut, hubungi 1-800-88-2020 atau layari www.honda.com.my.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here