Kereta terjunam ke dalam sungai selepas 10 minit lulus ujian memandu

1651

Seorang lelaki di China baru sahaja lulus ujian memandu. Sambil memandu, dia membaca teks mesej daripada rakan-rakan yang mengucapkan tahniah kepadanya kerana lulus ujian memandu.

Malang tak berbau, hari yang sepatutnya diraikan itu bertukar menjadi satu tragedi. Pemandu yang dikenali sebagai Zhang, hilang kawalan ketika melalui jambatan yang terletak di bandar Zunyi, yang terletak di wilayah selatan Guizhou, China. 



Rakaman dari kejadian itu mendapati kereta bewarna putih yang dipandunya hilang kawalan kerana mengelak dua orang yang sedang melalui jambatan itu.

lulus ujian memandu

Kereta tersebut dilihat melayang ke udara, sebelum tenggelam ke dalam sungai. Nasib baik Zhang dapat keluar dari keretanya sebelum ia tenggelam, dan mengalami kecederaan pada bahunya. 

Zhang berkata: “Semasa saya memandu, saya cuba mengambil telefon saya dan membaca beberapa mesej manakala terdapat dua orang berada di hadapan saya ketika di jambatan.

“Saya menjadi gementar dan membelok ke kiri secara tiba-tiba.

“Nasib baik, kereta itu terapung untuk seketika, saya tidak boleh membuka pintu pemandu jadi saya terpakasa menendang pintu yang lain. Jika tidak, saya mungkin tidak dapat keluar.”

Hukuman maksimum kerana menggunakan telefon ketika memandu di China adalah penarikan dua mata dari lesen anda dan denda 200yuan (RM120).

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here