Harga minyak dunia merosot sebanyak 30 peratus dengan mendadak setelah pembukaan pasarannya. Hal ini berlaku selepas Arab Saudi melancarkan perang harga, dimana harga minyak jatuh ke tahap terendah dalam tempoh empat tahun.
Harga minyak dunia ini jatuh susulan dari kejatuhan perikatan minyak Arab Saudi pada hari Jumaat, dimana Rusia enggan membuat pemotongan terhadap pengeluaran walaupun permintaan yang tinggi berikutan penularan virus Corona.
Namun begitu, Arab Saudi bertindak untuk meningkatkan pengeluaran dan menawarkan minyak mentahnya pada harga diskaun sebelum ini walaupun berlaku kejatuhan ekonomi dan ancaman dari virus Corona.
Brent crude, penanda aras antarabangsa, turun dari USD45 (RM189) setong kepada USD31.02 (RM130) setong, satu kejatuhan terbesar dalam sejarahnya dengan para pedagang membantah keputusan Arab Saudi untuk melancarkan perang harga selepas cuba mendapatkan perjanjian dengan OPEC dan Rusia untuk mengurangkan pengeluaran.
Penanda aras Amerika Syarikat, West Texas Intermediate jatuh kepada paras terendah iaitu USD30 (RM126) setong.
Arab Saudi kini dilihat cuba untuk mengambil-alih bahkan menghukum Rusia dalam perebutan perkongsian pasaran, termasuk mensasarkan pelanggan dari Rusia yang berada di Eropah.
Arab Saudi merancang untuk mengepam lebih daripada 10m tong sehari pada bulan depan sambil mengumumkan diskaun hampir 20 peratus di pasaran utama.
Kejatuhan harga minyak menyebabkan masalah yang besar kepada seluruh industri minyak, yang pulih secara perlahan dari kejatuhan harga minyak pada tahun 2014-2016.