Islamik, berdisplin, muafakat – Melaka Lady Bikers

3187

Melaka Lady Bikers, bukannya satu nama yang besar dan juga bukan grup motosikal yang dilimpahi dana berjuta. Dari pandangan Motoqar, ciri-ciri Islamik, berdisplin dan muafakat terserlah pada grup ini.

Berkumpul di hujung minggu, itu detik bermulanya Melaka Lady Bikers (MLB). Dinobatkan sebagai grup motosikal wanita negeri Melaka pada tahun 2014.



Intergriti ahli serta pemimpin yang berkaliber berjaya menggilapkan nama grup.

Melaka Lady Bikers di pimpin oleh Pn Mas Zila Mohd, Presiden disegani oleh ahli kelab. Lebih manja dengan gelaran Kak Mas merupakan seorang penunggang tegar dan memiliki Kawasaki Z 1000.

Menurut Kak Mas, MLB tidak rasis malahan sentiasa membuka pintu buat penunggang kapcai untuk menyertai MLB.

Boleh dikatakan 99 peratus ahli MLB adalah anak jati Melaka. Terdapat juga wanita dari Singapura, Kuala Lumpur dan Johor yang turut menjadi ahli MLB.

Terkini MLB dengan keahlian hampir 50 orang. Ianya termasuk 10 orang penunggang kapcai.

Belum pernah kita melihat kelab motosikal Wanita berpakaian jaket (vest) pantulan cahaya sewaktu berkonvoi. MLB membuka tirai bagi grup motosikal wanita, fesyen disamping paparkan langkah keselamatan.

Malah jaket (vest) pantulan cahaya tersebut adalah fesyen terkini dan sesuai diguna pakai oleh penunggang wanita.
Buat penunggang kapcai, MLB juga membekalkan Vest pantulan cahaya jenis bertali.

Jelas disini MLB menjadikan isu keselamatan sebagai asas utama kepada ahli-ahli. Setiap ahli mesti memiliki Lesen motosikal dan cukai jalan hidup.

Islamik. Bagi ahli MLB berugama Islam yang berhijab, hijab yang dipakai adalah selaras. Berwarna pink dan tertera logo MLB di belakang.

Muafakat. Toleransi itu asas diterapkan oleh presiden kepada semua ahli MLB. Tiada kuasa veto dan tidak berpuak-puak. Segala keputusan mengikut persetujuan ramai.

Displin. Isu yang sering ditekankan oleh kelab atau grup motosikal terutama sewaktu berkonvoi. Memandangkan Pemilik kapcai MLB tidak berpengalaman menyertai konvoi bersama motosikal berkuasa tinggi.

MLB telah merelisasikan latihan kepada penunggang kapcai mereka. Kekerapan berkonvoi sesama sendiri sambil diawasi oleh ahli MLB yang berpengalaman.

Info tentang isyarat tangan yang sering diguna pakai sewaktu berkonvoi dan langkah-langkah perlu diambil sekiranya berlaku insiden yang tidak diingini.

Itu antara latihan asas diberikan kepada penunggang kapcai serta ahli MLB yang kurang berpengalaman. Hasil didikan ternyata membuahkan kejayaan serta menerima kepujian.

Kenyataan Kak Mas dibuktikan semasa MLB menyertai konvoi bersama Annaco iaitu grup motosikal dari Singapura.

Lebih dari 300 buah motosikal menyertai konvoi sepanjang 2km. Destinasi ialah Yayasan Solok Saga di Sg Umbai, Melaka.

Menurut Presiden MLB, kelab sentiasa memberi peluang kepada ahli yang ingin meneroka lebih mendalam tentang dunia permotoran.

Contohnya jika ada ahli yang ingin mengembara secara solo atau dalam kelompok yang kecil, MLB sentiasa menyokong dan membantu semampu mungkin.

Pelbagai aktiviti kemasyarakatan serta kunjungan kepada grup motosikal wanita dari luar negara akan diadakan mengikut kesesuaian masa. Ini kerana ahli MLB semuanya bekerjaya.

Melalui pelbagai program yang disertai, kini nama MLB tidak asing di Singapura, Sarawak dan Sabah.

Semoga usaha dan budaya MLB menjadi tauladan buat grup motosikal wanita yang lain.

Tagline MLB cukup mudah, “Menunggang berhemah ramai kawan, Menunggang berlagak kita dibenci”.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here