Triumph lancar barisan model baharu untuk 2020, siri Rocket 3 dengan 2,500cc!

1705

Triumph Motorcycles baru-baru ini melancarkan barisan motosikal baharu untuk pasaran Malaysia. Bertempat di acara Triumph Muscle Mania, penegenalan ini menampilkan model muscle dan prestasi seperti Rocket 3 R, Rocket 3 GT, Rocket 3 TFC, Thruxton RS dan Tiger.

Rocket 3 R dan Rocket 3 GT



Dengan enjin motosikal bersesaran 2,500cc, Rocket 3 R dan Rocket 3 GT adalah motosikal terbesar di dunia. Enjin ini menghasilkan 221Nm pada 4,000rpm, iaitu jumlah tork tertinggi untuk mana-mana motosikal di dunia ini.

Kuasa pula adalah 167hp pada 6,000rpm, pemanduan juga lebih mudah dengan lebih kuasa di bawah 3,500rpm hingga ke redline 7,000rpm.

Enjin ini dipadankan dengan transmisi 6-kelajuan helical-cut yang dijuruterakan untuk bertindak lancar, serta klac dengan sistem torque assist.

Rocket 3 R dan Rocket 3 GT dilengkapi engkol baharu, sistem pelinciran dry sump, dan syaf pengimbang baharu, semua ini menurunkan berat motosikal sebanyak 18kg. Kedua-dua jentera kini seberat 294kg, iaitu 40kg lebih ringan dari sebelum ini.

Selain itu, siri Rocket 3 2020 mendapat ekzos hydroform ikonik dengan tiga header dan tiga silencer yang memberikan bunyi ngauman unik.

Ciri lain adalah lampu LED baharu, tulisan Triumph di tepi, rim aluminium, tayar belakang selebar 240mm, swing arm sebelah, suspensi monoshock Showa, sistem pendikit throttle-by-wire, sistem penyejukan cecair, brek Brembo Stylema, Cornering ABS, Cornering Traction Control, Inertial Measurement Unit (IMU) dan empat mod tunggangan – Road, Rain, Sport dan Rider.

Rocket 3 R dijual pada RM130,900 manakala Rocket 3 GT pada RM136,900.

Rocket 3 TFC

Eksklusif hanya 750 unit seluruh dunia, Rocket TFC ialah model Triumph terbesar, paling ganas dan paling diminati, dan setiap satu adalah unik dan mendapat nombor khas.

Juga dipacu enjin 2,500cc dengan 182hp dan 225Nm tork, ia merupakan enjin terkuat di dunia dan merupakan jentera paling berkuasa pernah dihasilkan syarikat itu.

Dilengkapi tulisan perincian TFC berwarna emas, komponen injap titanium, ekzos Arrow, lampu LED, badan gentian karbon, fly screen, pelindung drive shaft, Triumph Shift Assist, Hill Hold Control, brek Brembo Stylema, suspensi Showa monoshock, dan pelbagai lagi sistem canggih, ia pastinya sebuah jentera lain dari yang lain.

Untuk lebih eksklusiviti, setiap Rocket TFC akan disertakan dengan pek penyerahan TFC khas untuk pemiliknya, dengan surat ditandatangani CEO Nick Bloor, buku kustom, beg kulit TFC dan pelindung motosikal khas.

Tiger 900

Ditawarkan dengan harga bermula RM63,900, Triumph Tiger 900 serba baharu kini lebih agresif, dominan, dan hadir dengan lebih kuasa, kelincahan, serta dilengkapi sistem suspensi dan brek terbaik.

Tiger 900 kini terdapat dalam 6 varian, dengan harga seperti berikut:

Tiger 900 – RM63,900.00
Tiger 900 GT – RM74,900.00
Tiger 900 GT LRH (Low ride height) – RM74,900.00
Tiger 900 GT Pro – RM82,900.00
Tiger 900 Rally – RM78,900.00
Tiger 900 Rally Pro – RM85,900.00

Dikuasakan enjin Euro 5 baharu dengan susunan pembakaran unik 1-3-2, Tiger 900 ini menghasilkan 10 peratus lebih tork dari Tiger 800 sebelumnya, kini pada 87Nm. Kuasa juga meningkat hingga 9 peratus, dengan 95hp pada 8,750rpm. Selain itu, jarak tunggangan jarak jauh dapat ditingkatkan dengan tangki 20-liter.

Kelincahan telah ditambahbaik dengan berat yang dikurangkan, bingkai besi lebih ringan, sub-bingkai belakang aluminium, pilihan suspensi Showa atau Marzocchi, dan brek Brembo Stylema.

Ciri lain pada Triumph Tiger 900 adalah paparan instrumen TFT pelbagai fungsi, pilihan tetapan penyerap hentak, lampu LED dengan DRL, ruang simpanan telefon pintar, dan pengecaj USB.

Thruxton RS

Thruxston RS berkapasiti 1,200cc ini merupakan model paling kontemporari dalam siri Thruxton, dengan kustom serba hitam dan gaya muscular yang memberi penghormatan kepada DNA café racer asal.

Seperti jentera-jentera lain, Thruxton RS juga telah mengalami ‘diet’ yang mengurankan berat keseluruhannya. Ini dapat dicapai dari komponen ringan seperti aci engkol inersia rendah, syaf pengimbang, klac, alternator, penutup cam magnesium, dan bateri.

Kuasa ditingkatkan kepada 105hp pada 7,500rpm, dan perubahan lain pada dalaman enjin meningkatkan torknya kepada 112Nm pada 4,850rpm.

Terdapat mod tunggangan yang boleh dipilih oleh penunggang, iaitu Sport, Road dan Rain. Selain itu, Thruxton RS mendapat angkup brek Brembo monoblok M50 radial dengan 4-piston, cakera depan Brembo, dan tayar Metzeler Racetec RR.

Ia turut dilengkapi dengan suspensi boleh-laras Ohlins dengan fork depan Showa USD, spring Ohlins, dan beberapa ciri dan aksesori unik lain.

Triumph Thruxton RS boleh menjadi milik anda pada harga RM86,900.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here