Aston Martin Bulldog ini akan lalui proses pemulihan semula

1131

Pernahkah anda mendengar jentera yang diberi nama Aston Martin Bulldog? Seperti yang kita tahu, Aston Martin merupakan salah satu jenama pengeluar kereta terkemuka di dunia. 

Aston Martin  Bulldog

Syarikat pengeluar dari British ini pernah memperkenalkan beberapa produk paling bertenaga dan terpantas seperti Valkyrie, Valhalla, dan Vulcan.



Malah, Aston Martin juga pernah mencuba untuk memperkenalkan kereta berkelajuan tingggi sejak tahun 1970-an. Untuk mewujudkan kereta yang berkonsep kelajuan, Aston Martin Bulldog telah dihasilkan dan diperkenalkan kepada dunia.

Jentera ini direka oleh Willian Towns, yang juga pereka kepada model DBS pada tahun 1960-an dan Lagonda Series 2. Jentera ini bukan sahaja direka sebagai prototaip, malah ia pernah diperkenalkan dalam bentuk pengeluaran yang sangat terhad iaitu sebanyak 15 hingga 20 unit.

Malangnya, disebabkan harga projek ini yang tinggi, hanya satu unit model yang dipasang dan telah diuji dalam kelajuan yang tinggi.

Jentera ini merekodkan kelajuan tertinggi iaitu 307km/j pada tahun 1981. Sekarang, Classic Motor Cars dari Bridgnorth, United Kingdom mahu mencapai matlamat awal Aston Martin dan mencapai kelajuan pada 322km/j.

Aston Martin  Bulldog

Kerana tujuan itu, Classic Motor Cars melaksanakan proses pemulihan nat dan bold dan mengembalikannya kepada keadaan asalnya. Sebaik sahaja proses pemulihan semula selesai, Classic Motor Cars merancang cuba untuk mencapai kelajuan 322km/j dan kemudiannya jentera ini akan dibawa menjelajah keseluruh dunia.

“Kami mahu mengembalikan rupa bentuk asal jentera ini, dan berkemungkinan akan menambahkan komponen dan teknlogi terkini bagi meningkatkan keupayaan jentera ini,” kata Nigel Woodward, pengarah urusan Classic Motor Cars.

Aston Martin  Bulldog

Aston Martin Bulldog dikuasakan oleh enjin 5.3-liter V8 Turbo Kembar Garrett yang mampu menghasilkan 600hp. Semasa proses pemulihan semula, Classic Motor Cars akan bekerjasama dengan beberapa jurutera asal jentera ini. Jika mereka sukar untuk menemukan alat ganti jentera ini, mereka akan menghasilkannya sendiri.

Malah, orang awam yang mengetahui dan arif tentang jentera ini juga boleh menyertai proses pemulihan yang dilakukan.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here