Stres! Wanita pandu Perodua Kancil masuk lapangan terbang

1763

Suasana di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) bertukar panik seketika selepas sebuah kereta secara selamba dipandu masuk oleh seorang wanita ke dalam kawasan bangunan tingkat satu lapangan terbang berkenaan.

dipandu masuk ke lapangan terbangDalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang Rabu, kakitangan LTSM dan orang awam yang berada dalam kawasan terkejut dengan sebuah Perodua Kancil yang dipandu masuk ke lapangan terbang itu.

Wanita berusia 55 tahun itu dikatakan mengalami stres dan memandu sehingga masuk ke kawasan bangunan LTSM. Bagaimanapun, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan.



Sementara itu, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuala Terengganu/Kuala Nerus, Kapten (PA) Ahmad Kamal Hakim Ngah berkata pihaknya menerima panggilan jam 5.36 petang berhubung insiden itu.

Katanya, seramai empat anggota bersama sebuah ambulans bergegas ke lokasi kejadian.
 
Menurutnya wanita berkenaan bertindak meluru masuk ke dalam ambulans Angkatan Pertahanan Awam sebaik ternampak kenderaan jabatan itu.
 
Sementara itu Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, acp Abdul Rahim Md Din mengesahkan kejadian. Katanya siasatan lanjut berhubung insiden itu masih dijalankan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here