Sebelum ini kami ada menceritakan tentang kerjasama antara syarikat penalaan Gemballa dengan Porsche yang menghasilkan Gemballa GTR 8XX Evo-R.
Kini, syarikat penalaan terkenal itu sekali lagi bekerjasama dengan Porsche, dan menghasilkan sebuah jentera yang diberi nama Gemballa Avalanche 4×4 .
Jentera ini adalah berdasarkan pada generasi baru model 911. Gemballa akan membina kedua-dua model 991 dan 992 versi Avalanche mulai tahun ini. Mereka menggambarkannya sebagai “siri terhad yang eksklusif,” jadi ia mungkin sedikit mahal.
Gemballa masih belum memberikan butiran lanjut tentang spesifikasi penuh untuk jentera ini, tetapi berdasarkan gambar, jentera ini disertakan dengan fender yang lebih lebar, spoiler belakang yang besar, roof scoops berkembar, dan satu set tayar off-road.
Gemballa Avalanche 4×4 akan dipecahkan kepada tiga divisi yang berbeza. “Hypercar Division” adalah divisi untuk membangun dan membina dalaman bagi sebuah supercar.
“Luxury Customization Division” pula adalah untuk membina ciptaan pengeluaran yang sangat disesuaikan dan terhad seperti Avalanche. Manakala “Classics Division” adalah untuk mengekalkan dan memulihkan kereta talaan dari Gemballa.
Gemballa juga mengatakan mereka akan mencipta versi yang lebih berkuasa daripada 818-horsepower GTR 8XX Evo-R BiTurbo yang sedia ada, yang dikatakan berkapasiti 1000hp.