Grab menerusi kenyataan terkini di laman Facebooknya memaklumkan, semua perkhidmatan GrabFood, GrabMart, Transport dan GrabExpress akan meneruskan operasi seperti biasa.
Berhubung dengan kenyataan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang mengumumkan kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan, mulai Rabu (18 Mac) hingga 31 Mac 2020, di seluruh negara, bagi membendung penularan COVID-19.
Pihak Grab akan tetap komited untuk berkhidmat dan menyokong semua pemandu, rakan kongsi penghantaran, rakan dagang, penumpang dan kakitangan sepanjang tempoh sukar yang melanda negara buat masa sekarang.
Mereka juga berkata akan terus memaklumkan tentang perkembangan terkini kepada orang ramai.
Pada masa yang sama, Grab turut menyarankan orang ramai supaya mengkuti nasihat dari KKM dan mengamalkan langkah berjaga-jaga untuk melindungi diri, keluarga dan komuniti.
Jika di kalangan anda ada yang mengalami gejala seperti demam, batuk dan kesukaran untuk bernafas, mereka dinasihatkan untuk segera mendapatkan rawatan di hospital untuk tujuan saringan kesihatan.