Honda tutup operasi 18-31 Mac 2020 susulan Perintah Kawalan Pergerakan

1623

Honda Malaysia mengumumkan bahawa mereka menutup operasi buat sementara waktu dari 18 hingga 31 Mac 2020 susulan pengumuman kerajaan Malaysia berkenaan Perintah Kawalan Pergerakan.

Operasi ini termasuklah pemasangan kenderaan di kilang Honda di Pegoh, Melaka serta pejabat jualan dan wakil pengedaran seluruh negara.



Mereka akan menjalankan semula semua operasi tersebut seperti biasa bermula 1 April 2020.

Honda Malaysia juga akan terus memantau situasi dengan rapi dan mengemaskini jika perlu. Syarikat itu memohon maaf di atas segala kesulitan yang berlaku sepanjang tempoh ini.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here