Pemain Forza Horizon 4 cipta livery Covid-19 untuk Alfa Romeo Giulia FE

1850

Virus Corona atau Covid-19 telah tersebar ke seluruh pelusuk dunia pada masa kini. Jadi, cadangan yang terbaik untuk semua orang adalah sentiasa berada di rumah dan mencuci tangan pada setiap masa.

Covid-19

Selain itu, virus ini turut menjadi inspirasi pengubahsuaian terhadap Alfa Romeo Giulia FE, yang bertujuan meningkatkan kesedaran kepada orang ramai. Reka bentuk ini telah mendapat ribuan undi di reddit.



Covid-19

Menurut perekanya, reka bentuk ini tidak menjejaskan mana-mana pihak kerana ia bertujuan untuk memberi kesedaran kepada orang ramai tentang bahaya virus ini.

Mencipta reka bentuk pada kereta yang diinspirasikan dari Covid-19 memang bukan perkara yang penting buat masa sekarang.

Tapi sekurang-kurangnya setelah melihat reka bentuk ini, orang ramai akan lebih berhati-hati dan mengikuti nasihat dari pakar tempatan, pihak berkuasa, dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Buat masa sekarang, virus Corona telah menjangkiti lebih daripada 181,000 orang di seluruh dunia, dengan jumlah kematian yang telah melebihi 7,000 orang. Terdapat hampir 96,000 pesakit yang positif buat masa ini, dan 6% daripada mereka berada dalam keadaan kritikal.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here