Toyota dan Lexus umum penutupan operasi pengedar dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan

1082

Dalam usaha menyokong dan mematuhi pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan oleh kerajaan pada 16 Mac lalu, UMW Toyota mengumumkan semua pengedar sah Toyota dan Lexus akan menutup operasi mereka sementara waktu.

Penutupan itu akan berjalan dari 18 hingga 31 Mac 2020, tetapi masih boleh dihubungi oleh pelanggan hingga hujung bulan ini.



Presiden UMW Toyota, Ravindran K berkata: “Keselamatan pekerja kami, pemegang saham dan semua pelanggan adalah penting buat kami.

“Berdasarkan arahan kerajaan, walaupun menutup operasi kami, pelanggan masih boleh menghubungi kami jika mereka memerlukan bantuan berkenaan kenderaan Toyota dan Lexus mereka.”

Operasi pengeluaran kilang juga digantung sementara bermula 18 hingga 31 Mac.

Dengan perkembangan terbaru ini juga, Pusingan 4 dan terakhir untuk Toyota Gazoo Racing Festival dan Toyota Vios Challenge akan dibatalkan. Sebelum ini, UMW Toyota mengumumkan bahawa ia akan dijalankan secara tertutup.

Untuk meklumat lanjut atau sebarang bantuan, hubungi 1-800-8-TOYOTA (869682) atau 1-800-88-LEXUS (53987).

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here