Anda masih boleh memilih dan membeli kereta Renault secara dalam talian sepanjang tempoh Perintah Kawalan Gerakan

1577

Dalam respon COVID-19 di Malaysia, TC Euro Cars (TCEC) – pemegang francais tunggal Renault di Malaysia – telah menjalankan langkah diperlukan demi keselamatan dan kesihatan pekerja serta pelanggannya.

Dengan adanya Renault E-Store yang dilancarkan bulan lepas, anda masih boleh membeli atau melanggan kenderaan Renault secara online walaupun dalam tempoh Perintah Kawalan Gerakan ini.



Melalui E-Store, anda tidak perlu keluar rumah untuk menyiapkan segala proses dari permohonan hingga pembayaran. Pilih sahaja model Renault yang anda mahu, muat naik dokumen dan buat bayaran di renault.com.my.

TCEC juga menawarkan penghantaran ke rumah pelanggan untuk kenderaan yang baru dibeli atau dilanggan, dan akan dinyah-kuman sebelum penyerahan.

Walaubagaimanapun, penghantaran hanya akan dibuat selepas 1 April 2020.

Tambahan lagi, walaupun bilik pameran dan pusat servis Renault ditutup dari 18 hingga 31 Mac 2020, bantuan kerosakan akan tetap berjalan seperti biasa.

Setiap pekerja TCEC yang terlibat akan melalui saringan kesihatan bagi memastikan keselamatan mereka dan juga demi kelegaan pelanggan.

Untuk sebarang maklumat atau bantuan, hubungi 1-800-18-8663 atau layari www.renault.com.my.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here