Covid-19: Hospital terima sumbangan perubatan RM20 juta dari Petronas

1603

Pihak hospital telah menerima peralatan perubatan bernilai RM20 juta dari Petronas bagi mencegah penularan wabak COVID-19.

Peralatan perubatan itu termasuk ventilator, katil hospital dan tilam selain kamera pengimejan termal, termometer digital, kit ujian virus, pelindung hidung dan mulut serta peralatan perlindungan peribadi (PPE).



Kementerian Kesihatan dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) akan menyalurkan peralatan dan bekalan perubatan kritikal itu kepada hospital terbabit termasuk pusat kuarantin.

CEO Yayasan Petronas, Lita Osman berkata pihaknya sangat berterima kasih kepada kakitangan perubatan dan anggota penguat kuasa yang bekerja keras untuk membendung penyebaran COVID-19.

“Mereka memerlukan semua bantuan, terutama sekali apabila terdapat lebih daripada 1,000 pesakit yang positif COVID-19 yang sedang menerima rawatan.

“Bersama-sama, Yayasan Petronas bekerjasama dengan agensi kerajaan untuk memberikan sokongan kepada masyarakat pada saat genting ini.

“Usaha kami juga mencerminkan komitmen Petronas terhadap peningkatan kesejahteraan masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan tersebut juga, sumbangan berkenaan melengkapkan inisiatif baharu oleh anak syarikat Pertronas, Petronas Dagangan Berhad (PDB) yang menyumbangkan air mineral Mesra dan roti Mesra Biter kepada kakitangan perubatan yang ditempatkan di Pusat Saringan COVID-19 di Hospital Sungai Buloh, Selangor.

Dalam pada itu, PDB juga akan menyumbangkan air mineral Mesra kepada Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here