Perkhidmatan feri penumpang, bot laju ke tanah besar Sabah, Sarawak dari Labuan dihentikan sementara waktu

3190

Perkhidmatan pengangkutan awam laut iaitu feri penumpang dan bot laju ke tanah besar Sabah dan Sarawak dari Labuan dihentikan buat sementara waktu sehingga tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 31 Mac.

feri penumpang

Penumpang yang merancang untuk ke Kota Kinabalu, Menumbok dan Sipitang di Sabah serta Limbang dan Lawas di Sarawak melalui Terminal Feri Antarabangsa Labuan diingatkan agar mengikuti pelayaran feri kenderaan (Feri Ro-Ro).



Jadual pelayaran feri kenderaan juga dikurangkan kepada satu trip untuk empat feri yang beroperasi dari Labuan – Menumbok – Labuan berbanding tiga trip sebelum ini.

Arahan terbaru itu dikeluarkan Jabatan Laut Malaysia Labuan kepada pengusaha feri Jutabonus Development Sdn Bhd yang mengendalikan Feri Galaxy dan Labuan Mainland Link Sdn Bhd dengan tiga ferinya iaitu Kimanis 1, Putrajaya 1 dan Goodwill Star.

Pengarahnya, Benjamin Bernard Bijion memberitahu bahawa penjadualan pergerakan feri dan penghentian perkhidmatan pengangkutan laut penumpang adalah selaras dengan PKP yang bermula 18 hingga 31 Mac bagi membendung penularan wabak Covid-19.

Berikut adalah jadual perjalanan feri yang diberikan : 

Feri Destinasi
Labuan-Menumbok Menumbok-Labuan 
Putrajaya 1  6.00 pagi – 8.00 pagi 9.00 pagi – 10.30 pagi
Kimanis 1  3.30 petang – 5.30 petang 1.00 petang – 2.30 petang
Goodwil Star  5.30 petang – 7.30 malam 8.00 malam – 10.00 malam
Galaxy

(Isnin-Sabtu) 

6.30 petang – 8.30 malam 6.00 pagi – 8.00 pagi
Galaxy

29 Mac 2020 (Ahad) 

6.30 petang – 8.30 malam  4.00 petang – 6.00 petang

Benjamin berkata arahan penjadualan pelayaran itu telah dibincangkan dengan Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah serta LDA Holding.

Kesemua operator feri dikehendaki mengikut jadual pelayaran baharu ini bermula hari ini.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here