New York, ‘The City That Never Sleeps’ lengang kerana Covid-19

1651

New York digelar sebagai ”The City That Never Sleeps’. Akan tetapi, berpunca dari wabak Covid-19, kehidupan di bandar tumpuan dunia itu kini luar biasa dan lengang seperti tidak berpenghuni.

New York merupakan salah satu wilayah yang terjejas akibat penularan Covid-19 di Amerika Syarikat. Hal ini menyebabkan kerajaan setempat mengambil langkah yang drastik untuk mencegah penularan wabak ini.



Situasi bandar yang dikenali ramai ini sangat jauh berbeza dari keadaannya sebelum ini. Suasana jalan dan situasi di Times Square begitu sepi tanpa kehadiran orang ramai. 

Terminal Grand Central juga kosong, hanya tinggal satu atau dua orang berjalan bersendirian menuju destinasi mereka. Sementara di Jambatan Brooklyn tidak banyak aktiviti yang dilakukan seperti hari-hari biasa.

Patung Charging Bull

Patung Charging Bull, yang tidak pernah berhenti menarik perhatian pelancong dari seluruh dunia kini berdiri sendiri tanpa sesiapa yang menonton atau mengambil gambar di sekelilingnya.

Menurut Datuk Bandar New York City, Andre Cuomo, pada hari Ahad (22 Mac) tercatat 2,000 penduduk yang dirawat di hospital, dan 114 yang lain meninggal akibat Covid-19.

Sedangkan di seluruh Amerika Syarikat, terdapat lebih dari 15,000 orang yang telah disahkan positif Covid-19 dan 9,000 daripadanya adalah penduduk dari New York.

Keadaan ini membuatkan Andre Cuomo melarang orang ramai untuk keluar dari rumah tanpa alasan yang munasabah. Sementara itu, aktiviti yang melibatkan ramai orang telahpun dibatalkan. 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here