Tayar mempunyai fungsi yang sangat penting untuk motosikal kerana ia berkaitan dengan faktor keselamatan semasa menunggang. Selain itu, tayar adalah komponen penting yang bersentuhan secara langsung dengan permukaan jalan.
Selain itu, sesuatu tayar juga dapat mencantikkan penampilan motosikal. Sesetengah penunggang lebih suka menukar tayar keluaran dari kilang dengan jenama yang lain. Hal ini biasanya dilakukan oleh para penunggang yang suka akan pengubahsuaian.
Tetapi dalam mengubah atau menukarnya, terdapat beberapa aspek yang perlu diperhatikan supaya para menunggang tidak salah memilih tayar demi mengejar penampilan motosikal mereka.
Sebelum menggantikan tayar, terdapat sekurang-kurangnya 5 perkara yang mesti diperhatikan semasa mengubah suai tayar motosikal.
1. Apabila menukar saiz tayar dengan saiz yang lebih besar, para pemilik motosikal disarankan agar hanya menaiki maksimum 2 saiz dari saiz tayar asal. Sebagai contoh, jika anda menggunakan tayar saiz 80/90-14, anda disarankan untuk menukar tayar ke saiz 90/90-14 atau 90/80-14, dan juga 100/90-14 atau 100/80-14.
Penggunaan tayar yang lebih kecil dari saiz tayar asal tidak digalakkan kerana akan menjejaskan pengendalian motosikal dan menjadikannya kurang selamat. Tayar yang lebih kecil juga mempunyai beban maksimum yang lebih rendah dari tayar asal.
2. Penukaran saiz tayar yang lebih besar biasanya dilakukan apabila rim asal telah diganti. Sebaiknya, periksa lebar rim pada motosikal dan tentukan saiz tayar yang sesuai untuk rim tersebut.
3. Jika anda ingin menukar tayar jenis tiub kepada tayar yang tidak menggunakan tiub (tubeless), perhatikan rim yang digunakan. Tidak semua bingkai rim mempunyai spesifikasi tayar tubeless. Biasanya pada tayar jenis tubeless, sudah terdapat tulisan tubeless pada tayar tersebut.
Bukan itu sahaja, reka bentuk antara rim untuk tayar tubeless dan rim untuk tayar biasa adalah berbeza. Pada bingkai rim tubeless, terdapat lekukakan yang berfungsi untuk mengekalkan posisi tayar apabila menunggang dalam kelajuan yang tinggi atau membawa beban yang berat.
4. Jika ingin menukar tayar untuk mendapatkan prestasi yang lebih baik pada tayar, disarankan supaya pilih tayar yang mempunyai sebatian sederhana (intermediate compound) yang boleh memberi daya cengkaman yang lebih tinggi.
Untuk pengguna motosikal berkuasa tinggi, anda boleh menggunakan tayar radial yang mempunyai binaan yang kukuh dan mempunyai berat yang lebih ringan daripada tayar harian yang digunakan.
5. Akhir sekali, pilih jenis tayar yang sesuai berdasarkan keadaan permukaan jalan yang sering dilalui.
Aspek ini bukan sahaja penting terhadap penggunaan tayar, tetapi juga aspek keselesaan semasa menunggang.