Covid-19: Tiada wang dan bekalan makanan, membuatkan dua anggota polis tersentuh untuk bantu pasangan ini

1925

Tanggisan seorang wanita ketika disoal anggota polis, merungkaikan masalah yang dialaminya yang tiada wang serta bekalan makanan.

Wanita itu bersama suami dan seorang anaknya ditemui taman permainan oleh dua anggota Polis Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) ketika rondaan OP COVID 19 di Taman Tampoi Indah, Johor Bahru.

Menerusi kenyataan dikongsi di Laman Facebook rasmi Polis Johor, apabila pegawai polis mendekati pasangan itu dengan memberi nasihat supaya akur dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan minta pasangan keluarga tersebut pulang ke rumah.



Bagaimanapun, tiba-tiba wanita  itu terus menangis dan memaklumkan tiada wang ringgit serta tiada lagi bekalan makanan di rumahnya.

Pegawai Polis itu bawa keluarga berkenaan ke kedai runcit dan memberikan bantuan susu anak yang berumur 1 tahun 4 bulan selepas tersentuh mengetahui anaknya meminum milo bercampur gula.

Keluarga itu tinggal dengan menyewa bilik di Taman Tampoi Indah hilang punca pendapatan selepas suaminya berhenti kerja sambilan di Singapura kerana tiada permit kerja, manakala isteri adalah seorang tukang cuci di kawasan Larkin dan kini telah dicutikan.

Kenyataan yang dipaparkan di Facebook rasmi Polis Johor itu, mendapat pujian netizen yang menerima like lebih 40,000 serta perkongsian lebih 10,000.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here