Promosikan jarak sosial Covid-19, Audi dan Volkswagen tayang logo terpisah

2083

Menjaga jarak sosial atau social distancing ialah salah satu cara mencegah penyebaran virus Covid-19. Organisasi Kesihatan Dunia (World Health Organization) menggalakkan masyarakat dunia agak menjaga jarak sekurang-kurangnya satu meter antara satu sama lain ketika berada di tempat awam.

Dua jenama mewah Jerman iaitu Audi dan Volkswagen mempromosikan kempen jarak sosial ini dengan mengubah logo mereka dengan membuat sedikit jarak.



Audi dan Volkswagen telah menayangkan logo mereka ini di laman web rasmi, media dan lama media sosial masing-masing.

Logo Audi memisahkan keempat-empat cincin ikonik mereka menjadi bulatan berasingan. Sementara itu logo Volkswagen pula meletakkan sedikit ruang di antara huruf V di atas dan W di bawah.

Volkswagen dalam kenyataan rasminya berkata, “Di Volkswagen, kami secara tradisinya berdiri bersama dalam semua krisis dan saling mendukung. Kami yakin bahawa kita akan menemui cara dan penyelesaian yang membolehkan kita mengatasi krisis ini.

“Jadi adalah sangat penting supaya kita menjaga kebersihan dan disiplin serta mematuhi arahan pihak berkuasa. Paling penting – jaga jarak sosial.

“Tetap di rumah, jaga jarak, jaga kesihatan, saling mendukung – kita bersama dalam hal ini. Sebagai syarikat global, keutamaan tertinggi kami adalah mencari setiap peluang untuk #FlattenTheCurve,” tambah Volkswagen.

Beberapa jenama lain yang bukan automotif juga dilihat mengubah logo mereka, seperti syarikat makanan segera popular, McDonald’s yang menjarakkan dua lengkungan huruf M.

Logo pun dah pandai jaga jarak, pastikan anda juga jaga jarak sosial dan #StayAtHome melainkan ada urusan penting!

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here