Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula minggu lalu, benda yang dicari-cari oleh masyarakat Malaysia adalah makanan, topeng mulut dan hidung dan sarung tangan.
Semua itu boleh dikatakan barangan asas penduduk Malaysia yang dicari-cari ketika PKP.
Namun ada juga warga kita yang mengeluh, apabila bekalan topeng muka dan mulut itu sukar dibeli disebabkan kehabisan stok.
Sehingga kini, pihak kerajaan bertungkus lumus bagi memastikan stok topeng muka dan mulut mencukup bagi bekalan masyarakat Malaysia.
Bagaimanapun, tahukah anda cara menggunakannya?
Justeru itu, Kementerian Kesihatan Malaysia menyiarkan satu video ringkas tentang topeng mulut dan hidung itu. Ia membabitkan:
1. Jenis topeng muka
2. Siapa perlu memakainya
3. Cara pemakaian
4. Tips pemakaian
5. Cara pelupusan