
Ini satu lagi berita baik untuk anda dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN), sebagai insiatif membantu rakyat Malaysia menghadapi musibah wabak Covid-19 yang melanda negara.
Selain bantuan pemberian wang tunai kepada golongan B40, M40 dan bujang, kerajaan juga memberi internet percuma kepada semua perkhidmatan telekomunikasi bermula 1 April 2020 selama tempoh pelaksanaan PKP.