#Tips: Bagaimana supaya anda tidak lupa tempat parkir kereta

2720

Lupa tempat letak kereta, perkara itu boleh dikatakan biasa berlaku kepada kepada masyarakat terutama apabila parkir di pasaraya besar di negara ini.

Kejadian itu juga pernah berlaku sendiri kepada penulis di sebuah pusat membeli belah terkenal di Kuala Lumpur. Akibatnya, penulis terpaksa meminta bantuan pengawal keselamatan untuk mencari kereta itu.

Hampir 30 minit, barulah berjumpa dengan kereta itu yang mana ia diletak tingkat dan kawasan berlainan.



Kelalaian itu sebenarnya berpunca akibat penulis terlalu tergesa-gesa kerana lewat untuk hadir satu pelancaran kenderaan baru, sehingga tidak mengambil berat di mana parkir kenderaan itu. 

Jadi bagi menggelakkan kejadian sama berlaku kepada anda. Ini beberapa tips mudah yang sangat membantu anda.

  1. Pilih Lokasi Strategik

Jika boleh, cari lokasi parkir yang strategik. Anda boleh parkir di depan lobi atau berhampir pintu masuk. Dengan parkir di kawasan itu membuatkan anda tidak mudah lupa.

2. Kenali ciri sekeliling 

Ketika memasuki parkir, anda haruslah peka dengan keadaan sekeliling anda. Sebagai contoh, anda perlu ingat seperti papan tanda, tiang, tong sampah, pintu, kedai dan banyak lagi. Ia sedikit sebanyak boleh membantu anda mengingat kawasan parkir kereta.

3. Catat nombor parkir

Jika di kawasan parkir itu semua sama dan tidak mempunyai tanda-tanda. Lebih baik anda catat nombor parkir anda. Selalunya di pusat membeli belah mempunyai nombor atau tanda parkir tersendiri, dan pastikan tingkat berapa anda parkir. Lagi pun sekarang, teknologi makin canggih dan ambil saja gambar nombor parkir dengan menggunakan telefon bimbit.

4. Guna kemudahan lain

Kemudahan lain yang penulis maksudkan, guna sahaja perkhidmatan ‘jockey’. Ya, ia mungkin mahal dua atau tiga kali ganda berbanding parkir biasa. Sekiranya anda tidak mahu rugi masa untuk mencari parkir, lewat untuk bertemu seseorang atau mahu parkir dalam tempoh singkat, perkhidmatan ‘jockey’ ini sangat membantu.

Tips ini sebenarnya ramai yang sudah tahu, tetapi kalau anda lalai ia sememangnya menyeksakan. Percayalah, ia pernah terjadi kepada penulis.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here