Siapa tidak kenal akan Cristiano Ronaldo, seorang pemain bola sepak terbaik di dunia yang kini bermain untuk kelab di Itali iaitu Juventus. Selain bola sepak, bintang bola sepak dari Portugal ini mempunyai hobi mengumpul kereta mewah yang terkemuka di dunia.
Tidak hairanlah, kerana pemain ini dibayar €30 juta (RM145 juta) dalam masa setahun oleh Juventus. Menurut Forbes, jumlah kekayaan yang dimiliki oleh Ronaldo adalah sekitar €391.2 juta (RM18.9 bilion).
Berikut adalah 5 koleksi kereta mewah Cristiano Ronaldo:
1. Bugatti Chiron
Produk dari Bugatti antara salah satu jenama koleksi kereta mewah Cristiano Ronaldo.
Ronaldo memiliki kereta ini pada tahun 2017 dengan harga sekitar RM8.7 juta. Kereta ini dikuasakan oleh enjin W16 dengan empat turbocharger yang mampu menghasilkan 1,479hp dan 1,600Nm tork pada kelajuan enjin 2,000rpm.
2. Bugatti Veyron
Bukan hanya satu produk dari Bugatti, Ronaldo juga memiliki jentera ikonik dari Bugatti iaitu Bugatti Veyron. Jentera ini dibeli oleh Ronaldo pada tahun 2016 dengan harga sekitar RM8.2 juta.
Untuk maklumat, Bugatti Veyron merupakan antara kereta terpantas di dunia. Jentera ini dilengkapi dengan enjin W16 quad-turbocharged yang mampu menghasilkan sehingga 1,000hp.
Jentera ini juga mampu mencapai kelajuan maksimum melebihi 400km/j. Ia juga mampu memecut dari 0-96km/j dalam masa hanya 2.6 saat.
3. Ferrari F12tdf
Ronaldo juga memilik jentera keluaran syarikat dari Itali iaitu Ferrari F12tdf. Jentera ini merupakan edisi terhad, dimana ia dihasilkan hanya sebanyak 799 unit di dalam dunia.
Jentera ini mampu memecut dari 0-100km/j dalam masa hanya 2.9 saat. Ketika pertama kali diperkenalkan pada tahun 2015, supercar ini dijual dengan harga USD 330 ribu (RM1.4juta).
4. Rolls-Royce Cullinan
“Trabalho Feito” (kerja selesai) menjadi caption yang dipaparkan pada instagram milik Ronaldo apabila dia mempamerkan kereta Rolls-Royce Cullinan yang baru.
Jentera ini dibeli dengan Ronaldo dengan harga sekitar RM1.5 juta pada tahun 2019 yang lalu.
5. McLaren Senna
Juga pada tahun lepas, Ronaldo memiliki sebuah supercar iaitu, McLaren Senna. Jentera ini dipercayai dibeli dengan harga sekitar RM4.3juta.
McLaren Senna merupakan salah satu jentera yang berprestasi tinggi. Nama kereta ini didedikasikan untuk legenda Formula 1, Ayrton Senna.
Jentera ini dilengkapi dengan enjin V8 4.0 liter twin-turbo yang mampu menghasilkan 789hp dan 800Nm tork. Jentera ini mampu memecut dari 0-100km/j dalam masa hanya 2.8 saat.