Alex Marquez munjul juara MotoGP Virtual Race

1297

Pelumba pasukan Repsol Honda, Alex Marquez muncul juara pada siri pertama MotoGP Virtual Race. Sementara para pelumba berada di rumah masing-masing, perlumbaan MotoGP secara online ini berlangsung di Litar Mugello, Itali.

MotoGP Virtual Race

Selepas beberapa siri perlumbaan MotoGP pada awal musim ditangguhkan kerana pandemik Covid-19, Dorna Sports mengambil inisiatif untuk mengadakan perlumbaan di alam maya. Jadi perlumbaan #StayAtHomeGP melalui platform PlayStation telah diadakan.



Perlumbaan atas talian, dengan semua pelumba hanya memegang ‘joystick’, dianjurkan penganjur MotoGP bagi membolehkan peminat melepaskan kerinduan tatkala menerapkan kempen sentiasa berada di rumah.

Walaupun membuat kemunculan kali pertama dalam siri perlumbaan MotoGP pada tahun ini, Alex Marquez berjaya memenangi perlumbaan setelah mengharunginya sebanyak 6 pusingan.

MotoGP Virtual Race

Dalam perlumbaan tersebut, Fabio Quartararo pada asalnya menghuni tempat kedua. Walau bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi beliau kerana mengalami kemalangan dengan Maverick Vinales pada selekoh pertama perlumbaan.

Kejadian tersebut memberikan kemenangan kepada Alex Marquez manakala Francesco Bagnaia menamatkan perlumbaan di tempat kedua. Perbezaan masa antara kedua pelumba ini ialah 7 saat.

Berikut adalah keputusan penuh MotoGP Virtual Race:

1. Alex Marquez, 10m 38.643s
2. Francesco Bagnaia, +7.093s
3. Maverick Vinales, +8.496s
4. Fabio Quartararo, +9.968s
5. Marc Marquez, +14.416s
6. Alex Rins, +19.548s
7. Joan Mir, +23.247s
8. Miguel Oliveira, +29.702s
9. Iker Lecuona, NC
10. Aleix Espargaro, NC

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here