PKP Fasa 2: Sistem penggiliran ikut nombor pendaftaran kenderaan di Terengganu

4397

Perintah Kawalan Pergerakan Fasa Ke-2 akan dikuatkuasakan bermula 1 April 2020. Untuk itu, polis Terengganu telah memperketatkan lagi pergerakan kenderaan di atas jalan raya untuk kenderaan persendirian, dengan memperkenalkan Sistem Penggiliran Berasaskan Nombor Pendaftaran Kenderaan.

Mengikut sistem ini, angka terakhir nombor pendaftaran akan dijadikan panduan, sama ada nombor ganjil atau nombor genap.

Pada 1 April 2020, HANYA kenderaan persendirian dengan angka nombor ganjil sahaja dibenarkan untuk bergerak bagi sebarang urusan, manakala yang bernombor genap akan dibenarkan bergerak seperti dalam gambar (rujuk gambar).



Jika didapati mana-mana kenderaan persendirian yang tidak dibenarkan bergerak ini melalui mana-mana sekatan, akan diarahkan kembali ke rumah masing-masing.

Pendekatan ini terpaksa dibuat bagi menghadkan jumlah kenderaan yang masih tinggi di atas jalanraya seolah-olah tidak menghiraukan Perintah Kawalan Pergerakan yang sedang dikuatkuasakan, dan pelaksanaan arahan ini akan diteruskan sehingga arahan baru dikeluarkan.

Kemaskini: Sistem Penggiliran Nombor Pendaftaran Kenderaan yang dirancang oleh Polis Terengganu untuk dilaksanakan bermula esok, 1 April 2020 (Rabu) terpaksa ditangguhkan untuk kajian yang lebih terperinci.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here