Pos telah mengumumkan bahawa ia menggantung sementara khidmat penghantaran bungkusan dan surat antarabangsa ke semua destinasi. Tetapi pengecualian diberikan kepada China, Hong Kong, Jepun, Singapura dan United Kingdom.
Penggantungan itu disebabkan pembatalan penerbangan dan penutupan lapangan terbang, selain pandemik Covid-19.
Syarikat itu membuat pengumuman itu di laman webnya dengan mengatakan perkara ini akan berlanjutan hingga ke tarikh yang akan diberitahu kelak.
Express Mail Service (EMS) masih berjalan, tetapi dengan kapasiti terhad. Destinasi yang tidak diliputi oleh servis ini agak mahal, dan Pos Malaysia telah senaraikannya di laman web serta Twitter.
[PENGUMUMAN]
GANGGUAN PERKHIDMATAN MEL DAN BUNGKUSAN ANTARABANGSA pic.twitter.com/vw03gORSSD
— Pos Malaysia Berhad (@pos4you) March 31, 2020
Dengan semua pihak mengambil langkah berjaga-jaga semasa pandemik ini, sukar dijangkakan bila servis penuh akan kembali beroperasi.
Pos Malaysia juga akan terus mengemaskini operasinya dari semasa ke semasa.