Polis akan mengambil tindakan meminta bil elektrik atau bil air untuk menyemak alamat tempat tinggal bagi mengelak orang ramai mengambil kesempatan atau menipu sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, tiada undang-undang khusus terhadap tindakan ini, namun terpulang kepada budi bicara pegawai dan anggota polis yang bertugas.
Menurutnya, polis tidak menggunakan Mykad kerana kebanyakan orang ramai tidak menukar alamat tempat tinggal mereka dan lebih mudah jika mereka mengemukakan bil elektrik atau bil air.
Arahan kepada pengguna jalan raya untuk menunjukkan bil air dan elektrik bukanlah satu benda yang diwajibkan ke atas semua individu sebaliknya terhadap mereka yang gagal membuktikan lokasi tempat tinggal yang sebenar.