Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), pengedar tunggal jenama Ford di Malaysia, mengumumkan Ford Ranger Raptor telah dikemaskini untuk 2020. Trak pikap prestasi itu kini dilengkapi dengan ciri-ciri bantuan pemanduan pintar termasuk iaitu:
- Autonomous Emergency Braking dengan pengesanan kenderaan dan pejalan kaki;
- Forward Collision Warning; dan
- Lane Departure Warning dan Assist.
Penambahan lain adalah di bahagian kelengkapan iaitu port pengecas USB tambahan pada cermin pandang belakang dan lampu depan LED.
Ford Ranger Raptor 2020 masih dipacu oleh enjin diesel 2.0L Bi-Turbo yang berkuasa 213hp dan 500Nm tork, dipadankan dengan transmisi 10-kelajuan automatik.
Ranger Raptor juga dilengkapi dengan sistem suspensi Fox Racing Shox, Sistem Kendalian Permukaan (Terrain Management System) dengan enam mod termasuk Mod Baja, dan keupayaan redahan air sedalam 850mm.
Ford Ranger Raptor dijual dengan harga bermula RM208,888 (atas jalan, tanpa insurans) dan boleh didapati dalam 4 warna – Ford Performance Blue, Conquer Grey, Absolute Black dan Arctic White.
Semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, para pelanggan yang ada pertanyaan berkenaan pembelian Ford Ranger Raptor baharu digalakkan menghubungi Ford secara digital melalui Jurujual Digital yang baru dilancarkan iaitu WhatsApp Live Chat.
Para pelanggan hanya perlu menghantar teks ke talian WhatsApp +6019-204 1200 untuk memulakan perbualan dan semua pertanyaan akan dilayan dalam tempoh 24 jam.
Jurujual Digital akan membantu menjawab pertanyaan para pelanggan berkenaan produk dan juga promosi yang sedang berlangsung, dan juga senarai harga kenderaan – walaupun dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.
Ia merupakan saluran yang menghubungkan para pelanggan dengan jurujual berdaftar Ford yang terdekat bagi memaklumkan tentang stok kenderaan sedia ada, promosi yang berlangsung di bilik pameran, pilihan pembiayaan pinjaman, cukai jalan dan yuran pendaftaran kenderaan serta pilihan insurans melalui WhatsApp, Email atau panggilan telefon.
Untuk sebarang pertanyaan berkenaan Ford Ranger Raptor, layari https://www.sdacford.com.my.