AccuAir Suspension gulung tikar kerana krisis Covid-19

1763

Coronavirus atau Covid-19 bukan sahaja mengorbankan beribu nyawa di dunia, ia kini telah mula “mengorbankan” syarikat automotif.

AccuAir Suspension, sebuah syarikat penala sistem suspensi udara di California, Amerika Syarikat (AS) telah mengumumkan penutupannya setelah 18 tahun berada dalam industri.



Semua pekerja dan pengasasnya telah bertungkus-lumus berusaha untuk bertahan, tetapi keputusan akhir dari para pelabur telah memaksa syarikat itu tiba ke situasi ini.

Penutupan AccuAir Suspension berlaku lanjutan dari lockdown (seperti Perintah Kawalan Pergerakan kita) di California yang mulanya dijangka hanya selama 2 minggu, namun dilanjutkan hingga hujung April atau mungkin lebih lama.

AccuAir berkata: “Perasaan kami terhadap semua pelanggan yang sentiasa menyokong sejak 18 tahun lepas tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Ia telah mendorong kami menghasilkan produk inovatif dalam industri ini.

“Walaupun pengakhiran ini pahit, peranan kami dalam menghasilkan suspensi udara yang berkembang dari niche kepada mainstream agak manis.”

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here