Salah satu syarikat pengeluar kenderaan, Jaguar Land Rover bakal menggunakan bangunan operasi prototaip menghasilkan 5,000 pelindung muka pada setiap minggu. Produk itu akan diserahkan kepada pekerja kesihatan untuk memerangi pandemik Covid-19.
Kini Kerajaan British cuba untuk meningkatkan jumlah peralatan perlindungan bagi doktor dan jururawat dan menyediakan ventilator untuk pesakit.
Syarikat pembuat kenderaan itu berkata pelindung muka tersebut akan dibuat di fasiliti pencetakan 3D milik syarikat di England.
Mereka juga akan berkerjasama dengan syarikat lain untuk menghasilkan projek itu dan akan terus berhubung dengan pihak berkuasa.
“Kami terus rapat bekerjasama dengan kerajaan United Kingdom dan akan menawarkan kepakaran penyelidikan dan kejuruteraannya.
“Ia membabitkan kejuruteraan digital dan reka bentuk, percetakan model 3D dan prototaip, pembelajaran tentang mesin, kecerdasan buatan dan sokongan sains data, “kata Jaguar Land Rover dalam satu kenyataan.