Keputusan tempoh PKP ditentukan pada 10 April ini

1444

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan membuat keputusan sama ada tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan atau sebaliknya pada 10 April ini.

tempoh PKP
Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pihaknya akan menggunakan data kes yang direkodkan dalam tempoh itu sebagai garis panduan untuk tindakan selanjutnya.

“Kita harap menjelang 10 April, data (kes) sudah ada untuk kita buat keputusan sama ada melanjutkan tempoh PKP atau sebaliknya.



“Kita memerlukan data untuk membuat keputusan. Saya boleh membuat jangkaan tetapi realitinya kita perlu melihat kepada fakta dan sains,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada kementerian yang diterajuinya itu telah membuat keputusan sama ada PKP akan dilanjutkan atau sebaliknya.

Noor Hisham juga berkata, kebimbangan ketika ini ialah melibatkan kes import berikutan kepulangan pelajar dan rakyat Malaysia yang melancong di luar negara.

“Ini merupakan cabaran kepada kita (KKM) jika berlaku gelombang kes import kerana mereka yang pulang ke negara kemungkinan membawa wabak itu,” katanya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here