Limousin pelik bentuk jet ini sah dipandu di jalan raya dan sedia untuk dijual

2728

Sebut sahaja mengenai kereta limousin, jenama pengeluar kenderaan ini biasanya dikaitkan dengan jenama seperti Lincoln MKTCadillac XTS dan sesetengah model Hummer.

https://carbuzz.com/news/this-learjet-turned-limousine-is-fully-street-legal

Tetapi limousin ini sangat berbeza dari model yang lain kerana ia direka menyerupai sebuah jet peribadi. Walaupun badannya adalah dari Learjet sebenar, enjin yang dipasang pada jentera ini bukanlah enjin jet. Sebaliknya, ia dikuasakan oleh enjin dari General Motors (GM), iaitu V8 8.1-liter.



Selain itu, jentera ini sah disisi undang-undang untuk dipandu jalan raya dan akan dilelong di acara Mecum Indy 2020 pada 23 sehingga 28 Jun 2020. Sesiapa sahaja boleh membida jentera ini, tetapi harga permulaan untuk bidaan masih belum dijelaskan.

Jentera ini dibina oleh Exotic Coach yang berpangkalan di Chicago, dan memerlukan masa sekitar 40,000 jam untuk menyiapkannya. Jentera ini masih memiliki asas sesebuah kereta iaitu terdapat ruangan enjin pada bahagian belakang, tren kuasa, sistem penggantungan dan sistem komputer.

Jentera ini dilengkapi dengan roda berukuran 28-inci dan dihiasi dengan warna Candy Red. Ruangan dalam jentera ini sangat menarik. Ia diubah kepada ruangan pemandu yang dilengkapi kerusi bucket dan tali pinggang keledar. Selain itu, terdapat juga empat skrin monitor yang dihiasi dengan gentian karbon.

Penumpang jentera ini akan menikmati sistem bunyi stereo 17,000 watt lengkap dengan TV plasma 42-inci. Terdapat juga tempat duduk kulit yang dihiasi dengan jahitan berlian.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here