Covid-19: Ditembak mati kerana enggan pakai topeng muka

1597

Seorang warga emas berusia 63 tahun ditembak mati polis di Filipina selepas berang apabila diminta memakai topeng muka.

Ia adalah kes pertama di mana pihak berkuasa bertindak menembak orang awam kerana melanggar arahan yang dikeluarkan kerajaan untuk mengawal wabak COVID-19.

Pada Khamis lalu, kerajaan Filipina mengeluarkan arahan kepada orang awam agar memakai topeng perlindungan apabila keluar rumah sepanjang tempoh lockdown selama sebulan.



Dalam kejadian itu, Lelaki berkenaan dipercayai dalam keadaan mabuk dan mengugut pihak berkuasa dengan sabit dalam kejadian yang berlaku di bandar selatan Nasipit di wilayah Agusan del Norte.

“Suspek diberi teguran kerana tidak memakai topeng, tetapi dia naik marah, mengugut dan mengeluarkan kata-kata kesat sebelum menyerang pihak berkuasa menggunakan sabit,” kata jurucakap polis.

Sehingga kini, Filipina sudah mencatat lebih 3,000 kes positif COVID-19, dengan 144 kematian.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here