Tidak banyak syarikat yang dapat meraikan kejayaan mereka dalam tempoh satu abad dalam industri automotif, tetapi Mercedes-Benz berjaya melakukannya.
Bermula di Nice, Jellinek mendaftarkan kenderaan dari Daimler untuk acara perlumbaan dan Mercedes 35 PS adalah salah satu daripadanya. Tetapi pada 2 April 1900, nama Mercedes pertama kali menghiasi kereta-kereta dari Daimler-Motoren-Gesellschaft.
Jenama ini telah secara rasmi didaftarkan pada 23 Jun 1902, tetapi 24 tahun kemudian nama Mercedes-Benz yang kita ketahui hari ini tercipta hasil kerjasama dari Daimler dan Benz.
Menurut Bettina Fetzer, ketua pemasaran Mercedes-Benz AG, nama syarikat ini adalah satu-satunya nama syarikat pengeluar kenderaan yang diinspirasikan oleh nama wanita.
“Wanita seperti Mercedes Jellinek atau Bertha Benz adalah kisah kejayaan perjalanan Mercedes-Benz dari awal,” kata Fetzer.
Beliau berkata dengan inisiatif ini, kami cuba membina tradisi untuk pelanggan wanita kami di seluruh dunia. Seperti yang kita ketahui, sekarang Mercedes-Benz menghasilkan beribu-ribu kenderaan di seluruh dunia yang menarik untuk lelaki dan wanita.