VIDEO: Bugatti Chiron 0-400-0km/j – Misteri kereta kamera terungkai!

2799

Bila kita mula menonton video Bugatti Chiron melakukan pecutan 0-400-0km/j pada 2017, kita hampir terlupa bahawa terdapat rakaman dari kereta lain pada kelajuan melebih 320km/j.

Ia bukanlah satu rakaman yang biasa kita lihat. Jadi, bagaimana Bugatti lakukannya? Ada yang berkata dari Toyota Supra turbo?



Atau dari kereta berenjin jet? Atau kamera yang digantung dari kabel? Jawapannya mudah: Sudah tentu dari sebuah Chiron.

AI Clark yang mengetuai penggambaran Chiron baru-baru ini menerbitkan video di Youtube menerangkan bagaimana rakaman pecutan itu dilakukan.

Dia menggunakan kamera dron DJI yang dipasang pada sebuah kotak, dan dipasang pula pada bahagian belakang kanan sebuah kereta kemera Chiron. Pemasangan ini dikukuhkan lagi dengan beberapa bucu untuk kestabilan.

Idea untuk menggunakan sebuah Chiron lain sebagai kereta kamera nampak gila pada mulanya, namun ia memang masuk akal kerana hanya tiada kereta lain yang dapat menyamai kelajuan Chiron pada masa itu.

Di hujung video, Clark ada menerangkan bahawa dia dan pasukannya tidak perasan bahawa terdapat gas ekzos yang melalui depan kamera yang membuatkan rakaman sedikit kabur. Namun katanya, itulah perkara yang biasa terjadi bila membuat penggambaran melebihi 320km/j.

Pecutan Chiron itu telah dikalahkan oleh Koenigsegg Agera RS yang memecut ke 400km/j lebih pantas, tetapi Bugatti pasti akan menandingi rekod ini dengan model lebih berkuasa nanti, iaitu Chiron Super Sport 300.

Mungkin Clark akan berada di sana untuk merakamnya lagi jika pihak Bugatti mahu lakukan penggambaran pecutan itu.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here