TNB bantu bekalkan tenaga elektrik di pos kawalan PKP

2349

Tenaga Nasional Berhad (TNB) membantu melancarkan operasi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan membekalkan tenaga elektrik pada pos-pos kawalan sementara di seluruh negara.

TNB

Ketua Pegawai Rangkaian Pembahagian TNB, Datuk Ir Baharin Din berkata, penyambungan bekalan elektrik dan penyediaan lampu di lokasi-lokasi terlibat adalah sumbangan kecil TNB kepada anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebagai barisan hadapan memerangi pandemik Covid-19.



“Diharap inisiatif ini dapat memberi sedikit keselesaan dan meningkatkan tahap keselamatan anggota PDRM dan ATM yang bertugas pada waktu malam sehingga pagi.

“Usaha mengenal pasti lokasi lain juga sedang dilakukan,” katanya dalam satu kenyataan.

TNB

Menurutnya, bekalan elektrik ke khemah dan pos kawalan disambungkan dari talian sedia ada yang terdekat manakala lampu jalan tambahan dipasang menerusi tiang-tiang elektrik milik TNB sedia bersesuaian.

Setakat ini, lebih 120 lokasi pos kawalan sudah menikmati kemudahan ini termasuk Bentong dan Temerloh di Pahang serta Kulai, Pontian, Simpang Renggam dan Kluang di Johor.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here