Seramai 66 warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) disahkan positif Covid-19 sehingga semalam.
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, 1,225 warga PDRM sedang menjalani kuarantin di kediaman masing-masing sehingga semalam.
Katanya, pada 6 April jumlah kuarantin hanya 994 dan semalam pula dicatatkan seramai 231 orang yang menjalani kuarantin.
“Sehingga semalam, 66 warga PDRM disahkan positif Covid-19 dan 1,225 individu pula sedang menjalani kuarantin di kediaman masing-masing.
“Jumlah itu (1,225) membabitkan 155 pegawai kanan, 654 pegawai rendah, 35 pegawai awam dan 381 ahli keluarga yang juga kontak rapat,” katanya pada sidang media khas di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur, hari ini.