Di saat sukar ini, kita sememangnya perlu menghargai mereka yang bekerja di bahagian frontliners atau barisan hadapan.
Mereka terdiri dari doktor, jururawat, polis, dan tentera yang mempertaruhkan nyawa mereka demi tanggungjawab sementara kita duduk di rumah. Kita pun sebenarnya turut membantu dengan duduk rumah dan memutuskan rantaian pandemik ini.
Dan tidak lupa juga, barisan abang-abang dan rider-rider penghantar makanan seperti FoodPanda dan Grab Food yang menghantar makanan kepada kita.
Tetapi pernahkah kita terfikir akan latar-belakang abang penghantar makanan ini, atau apa kemahiran lain yang mereka ada?
Tular di Twitter di mana Izat Yuan telah berkongsi satu video seorang penghantar makanan sedang bermain piano selepas menghantar makanan di situ. Dia bermain piano di situ dengan beg makanan yang masih bergalas.
Tonton video itu di sini:
Lagi satu lagu.. pic.twitter.com/rmnYJ65Uv0
— Izat Yuan (@IzatYuan) April 11, 2020
Kami pun tidak berapa pasti lagu apa yang dimainkan dalam klip pertama, tetapi untuk klip kedua, ada komen mengatakan ianya lagu “Havana” oleh Camila Cabello.
Tweet itu telah sampai kepada Amirullah iaitu abang penghatar makanan itu sendiri yang membalas komen bahawa dia terlihat piano itu selepas menghantar makanan di situ, jadi dia main sekejap.
Katanya: “Lepas hantar order di situ tadi, tengok macam line clear main la kejap, rupanya ada orang rakam haha.
“Tak sangka pulak, anyway thanks bro. Tu lagu untuk korang hari ni sunyi-sunyi di IYC,” tambahnya.
Tweet itu telah menerima hampir 51,000 Retweet dan lebih 68,000 Like pada masa artikel ini ditulis.
Kami pun tak sangka penghantar makanan ada kemahiran bermain piano. Walaupun di YouTube banyak video tutorial, ia tak semudah itu. Perlu kemahiran khas dan minat juga.
Steady lah bro! Teruskan usaha dan terima kasih juga kepada anda dan petugas-petugas barisan hadapan yang lain.