PKP: Tangkapan ingkar perintah PKP cecah 20.6 peratus

1637

Jumlah individu yang ditangkap kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) terus mencatatkan peningkatan iaitu pada kadar 20.6 peratus.

ingkar PKP

Kadar penahanan individu menerusi sekatan jalan raya dan rondaan oleh pihak berkuasa itu melonjak kepada 1,471, berbanding 1,220 sebelumnya.



Jumlah kompaun RM1,000 kerana ingkar perintah PKP juga meningkat dimana membabitkan 949 individu berbanding 854 individu pada sebelumnya.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, menjelaskan peningkatan jumlah tangkapan mencerminkan Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak berkompromi dengan mana-mana individu yang mengingkari PKP.

Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan berkata PDRM dan ATM telah mengadakan 784 sekatan jalan raya di seluruh negara, selain melakukan pemeriksaan terhadap 358,593 kenderaan.

Selain itu, katanya, pihak berkuasa melaksanakan 35,825 pemeriksaan mengejut meliputi 5,275 premis di seluruh negara.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here