Tiga Dodge konsep klasik tahun 1950-an ini akhirnya akan dijual

2592

Bagi penggemar kereta, memiliki kenderaan yang unik atau jarang ditemui merupakan perkara yang akan memberi kepuasan tersendiri. Kereta klasik ini masih diminati ramai, sehinggakan kenderaan ini masih dijual pada masa kini.

Tiga buah kereta konsep buatan Dodge pada tahun 1950-an yang dimiliki oleh Ghia, sebuah syarikat yang berpangkalan di Itali akan dijual melalui Mecum Auctions.



Kenderaan tersebut adalah Dodge Firearrow II 1954, Dodge Firearrow IV 1954, Dodge Firebomb 1955.

Dodge Firearrow II 1954

kereta konsep Dodge

Firearrow II direka pada awal 1950-an oleh ketua reka bentuk Chrysler Corp iaitu Virgil Exner, dan buatan tangan oleh Ghia Coachbuilders di Turin, Itali. Jentera ini dihasilkan pada casis stok berukuran 119 inci, dikuasakan oleh enjin Red Ram Hemi yang mampu menghasilkan 150hp dan disertakan dengan kotak gear separa automatik 4-kelajuan Gyro-Torque.

Menurut iklannya pada suatu ketika dahulu, jika anda membeli jentera ini, anda akan dapat memandunya kerana ia digambarkan sebagai “kereta yang penuh dengan pemanduan”.

Dodge Firearrow IV

kereta konsep Dodge

Dodge Firearrow IV mempunyai spesifikasi yang sama dengan Firearrow II. Versi IV juga dihasilkan oleh Virgil Exner, dan dibangunkan di Turin oleh Ghia pada casis 119 inci dengan drivetrain yang sama dengan versi II.

Jentera ini mempunyai bumbung yang boleh dilipat dan tingkap. Ia juga banyak dipamerkan di pameran kereta utama Amerika Syarikat pada tahun 1954.

Dodge Firebomb

Tidak seperti Firearrow, Firebomb boleh menampung empat penumpang dewasa. Jentera ini dilengkapi dengan bumbung yang boleh dilipat penuh beserta dengan tingkap kaca belakang dan tingkap kaca pada bahagian sisi. Model ini merupakan keluaran yang terhad, yang dihasilkan antara tahun 1956 dan tahun 1958.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here