
Harga bahan api masih kekal rendah untuk minggu 18 April hingga 25 April 2020, dengan RON95 dan RON97 kekal sama dengan minggu ini, dan diesel mengalami penurunan 3 sen.
Bermula tengah malam ini, harga bahan api akan dijual seperti berikut:
- RON95: RM1.25 (tidak berubah)
- RON97: RM1.55 (tidak berubah)
- Diesel: RM1.43 (turun 3 sen)
Kami jangkakan minggu depan atau dua minggu lagi, harga bahan api ini semua akan kembali meningkat kerana harga minyak mentah dunia telah dilaporkan meningkat. Sementara murah, jom isi penuh!