Di India, salah satu syarikat pembuat kenderaan, Hero MotoCorp telah memberi sumbangan berbentuk 60 buah motosikal yang diubahsuai menjadi ambulans untuk membantu memerangi pandemik Covid-19.
Motosikal ambulans yang diasaskan daripada Hero Xtreme 200R ini telah dibina dan dimodifikasi menjadi motosikal roda tiga. Jentera ini dilengkapi dengan ciri-ciri seperti katil yang boleh menampung seorang pesakit.
Untuk menjadikan jentera ini lebih selesa apabila digunakan, ia telah disertakan dengan swingarm yang digabungkan bersama dua penyerap kejutan. Kedudukan dan susunan roda kelihatan agak tidak stabil, terutama jika pesakit yang berat duduk di bahagian depan tempat tidur.
Tujuan utama motosikal ambulans ini adalah untuk menjemput pesakit yang berada di kawasan luar bandar dan membawanya ke hospital berderkatan semasa kenderaan utama hospital tidak mencukupi dan diguna sepenuhnya. Motosikal ambulans ini juga disertakan dengan lampu kecemasan dan siren.
Xtreme 200R adalah model yang paling berkuasa dalam barisan pengeluaran Hero MotoCorp, menjadikannya sesuai untuk kegunaan hospital. Jentera ini dilengkapi dengan enjin 199.6cc yang mampu menghasilkan sehingg 18hp dan 17.1Nm tork.