Motosikal dicuri, seorang jururawat dihadiahkan sebuah Kawasaki Ninja 400

2828

Seorang jururawat di Texas, Mercedes Suarez sangat kecewa apabila Kawasaki Ninja 250 keluaran tahun 2004 miliknya dicuri. Sejak tiga tahun kebelakangan ini, dia sudah banyak berbelanja wangnya untuk proses baik pulih jentera berkenaan. 

Kawasaki ninja

Suarez memaklumkan motosikalnya dicuri pada 31 Mac lalu di kediamannya dan sudah membuat laporan polis berhubung kehilang jentera berkenaan.



Selepas siasatan dilakukan, pihak polis akhirnya menjumpai jentera itu selepas seminggu ia dilaporkan hilang, yang berada kira-kira 12 minit dari kediamannya. Motosikal itu mengalami kerosakan teruk, dan dia turut berkata penjenayah berkenaan sudah ditangkap dan akan didakwa.

Menyedari perkara ini, seorang pemilik kedai motosikal Alamo Cycle Plex, Dave Sears, yang juga pengedar Kawasaki, mengambil keputusan untuk membantu Suarez dengan menghadiakannya sebuah Kawasaki Ninja 400 yang berharga sekitar USD5,300 (RM23,161).

“Ketika saya melihat mangsa adalah seorang jururawat, ia menyentuh hati saya,” kata Sears.

Suarez yang berusia 21 tahun sangat gembira dan sangat menghargai motosikal baru tersebut dan berkata peristiwa ini menjadikannya lebih positif untuk memberi perkhidmatan untuk memerangi pandemik Covid-19.

Pada masa sama, sebuah bengkel juga turut menawarkan untuk membaiki semula Kawasaki Ninja 250 yang telah dirosakkan itu.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here