Chevrolet Silverado berjaya diangkat setelah 2 tahun tenggelam di dasar laut

2907

Dua unit Chevrolet Silverado berjaya dibawa ke darat setelah tenggelam di dasar laut selama 2 tahun. Kontena yang mengandungi jentera tersebut diangkat dari perairan dalam di Lautan Pasifik.

Chevrolet Silverado

Dua unit Chevrolet Silverado merupakan salah satu daripada 83 kontena yang terjatuh dari kapal ekspedisi YM Efficiency pada bulan Jun tahun 2018. Ketika kejadian tersebut, kapal kargo tersebut sedang dalam perjalanan dari Kaohsiung,Taiwan menuju ke Port Botany di Australia. Kejadian ini juga terjadi akibat cuaca yang buruk pada masa itu.



Hanya dua kontena yang dapat dijumpai setelah ianya hanyut ke darat. Sementara 10 kontena lain diambil dari kedalaman laut yang berukuran ratusan meter. Salah satu kontena yang diambil dari dasar laut tersebut mengandungi Chevrolet Silverado 2018.

Berdasarkan gambar, trak pikap ini kelihatan rosak teruk. Ini kerana sebelum tenggelam ke dasar laut, kontena-kontena jatuh dari ketinggian 120 meter. Selain badan yang hancur, warna cat jentera ini kelihatan pudar dan bahagian berlogam pada jentera sudah mulai berkarat.

Kedua-dua jentera tersebut diimport dari Amerika Syarikat. Sekiranya tidak terjadi kemalangan tersebut pada waktu itu, jentera ini seharusnya tiba di Australia dengan harga sekitar USD94,300 (RM413,807).

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here